TAWARAN HEBAT UNTUK MEMASARKAN PRODUK ANDA DI KAWASAN YANG PESAT MEMBANGUN
Balik Pulau, Pulau Pinang!


Pekan Kongsi, Balik PulauBalik Pulau yang dahulunya hanya kawasan desa pedalaman kini adalah pekan yang cukup pesat membangun, khususnya sebagai pusat pentadbiran daerah Barat Daya Pulau Pinang yang mempunyai penduduk seramai lebih 300,000 orang! Kawasan parlimen Balik Pulau sahaja, mencakupi pusat peranginan Teluk Bahang, pusat pelancongan ekologi Pulau Betong (termasuk bandar Kongsi yang cukup bersejarah) dan Bayan Lepas sahaja mempunyai penduduk melebih 50,000 orang.

Tapi tahukah anda bahawa kawasan bersaiz SEPARUH Pulau Pinang ini (tidak termasuk Seberang Perai dalam negeri Pulau Pinang) tidak mempunyai sebarang media pengiklanan massa setempat (kecuali akhbar-akhbar bercetak edisi Utara yang lazimnya mencakupi kawasan yang luas yang juga termasuk negeri-negeri Perlis, Kedah dan Perak)!

"...Perlu adakan pasaran baru untuk
produk tempatan..."

- Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia (22 APR 2009)

JUMAAT, 12 MAC 2010

Dari Meja Nasir & Ija, Pengarah & Pengurus Projek Usahasama InfoBiz

Salaam Sejahtera Saudara-saudari Usahawan & Pengurus-pengurus Pemasaran:

Adakah anda buntu untuk mempromosikan perniagaan anda dan perlaksanaan acara setempat organisasi anda terutamanya di Balik Pulau ataupun Daerah Barat Daya Pulau Pinang? Adakah anda merasai kaedah pemasaran anda kurang berkesan serta melibatkan kos yang tinggi? Adakah anda merasakan bahawa sukar untuk meningkatkan daya maju perniagaan anda ke seluruh negara mahupun ke luar negara secara dalam talian (online)?

Kebanyakan daripada kita adalah tidak mahir atau tidak mampu !!


Kini, KEBUNTUAN ANDA ADA PENYELESAIANNYA: InfoBiz dah ada!

InfoBiz, sebuah usahasama Pusat Komputer Balik Pulau (PKBP) dengan Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID sebagai sebuah inisiatif Kerajaan sejak tahun 2003 untuk pembangunan sosio ekonomi di luar bandar) kini buat pertama kali di Balik Pulau, menyediakan platform untuk anda menyebarkan maklumat atau mempromosikan produk dan perkhidmatan anda secara lebih berkesan, tertumpu, meluas serta CUKUP MENJIMATKAN.

InfoBiz merupakan satu-satunya media pemasaran bersepadu setempat terbitan bulanan dalam kedua-dua bentuk bercetak dan online (media komunikasi sosial Web) dengan saiz penyebaran paling luas, khusus untuk seluruh warga Balik Pulau. Melalui InfoBiz, anda boleh menyampaikan mesej anda kepada ribuan pembaca dengan kos paling rendah, bermula dengan hanya 1-sen atau kurang setiap satu!!

Bermula edisi sulung pada bulan Jun 2009, jumlah permulaan edaran ialah sebanyak 5,500 naskah iaitu merangkumi sekurang-kurangnya 10% penduduk Balik Pulau (ataupun hampir 20% isirumah termasuk di kawasan-kawasan DUN Teluk Bahang, Pulau Betong dan Bayan Lepas – tidak termasuk Pusat Industri Bayan Lepas/Batu Maung, bandar Relau/Sungai Ara atau Kawasan Parlimen Bayan Baru). Dengan kerjasama Pusat Internet Desa Balik Pulau selaku penaung Kelab Usahawan Sosial yang baru ditubuhkan, capaian penyebaran juga akan diluaskan kepada lebih 1,000 ahli PID di Balik Pulau dan ratusan agensi dan jabatan-jabatan kerajaan di Pulau Pinang serta semua pusat-pusat eKomuniti di seluruh negeri Pulau Pinang (GPeK) dan rangkaian PID berjumlah 42 buah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Don’t put all your eggs in one basket!”"

Begitu pepatah orang Inggeris berkaitan strategi pelaburan/pemasaran, bermakna jangan tumpukan semua usaha dan kerja anda untuk satu cara sahaja untuk memastikan kejayaan yang maksimum, di samping menolak kegagalan penuh – Dengan kata lain, jangan perjudikan usaha anda!

Untuk memastikan hasil yang terbaik, InfoBiz versi bercetak akan disebarkan melalui tiga kaedah secara sama rata: -

  1. Pasar Tani (Hari Minggu), Kompleks MPPP, Balik Pulau, Penang Pengeposan melalui Pos Malaysia Berhad ke lebih 1,000 alamat individu di Balik Pulau, dan sehingga 500 organisasi di seluruh negara termasuk koperasi-koperasi dan syarikat-syarikat Berhad di Pulau Pinang

  2. Penghantaran kepada sekurang-kurangnya 2,000 rumah secara rawak

  3. Penyebaran selebihnya melalui pusat-pusat perniagaan dan jabatan-jabatan kerajaan di seluruh Daerah Barat Daya Pulau Pinang termasuk di Pejabat-pejabat Pos, Perpustakaan-perpustakaan dan Kompleks Pasar Awam MPPP di Balik Pulau.
BONUS: Hubungan dan sebaran kepada kementerian-kementerian di Putrajaya juga akan lebih menjayakan promosi produk atau servis anda melalui penglibatan dan perhatian daripada pihak Kerajaan!

Betulkah lebih menjimatkan?


Balik Pulau's Online Marketing Bid (The Star - 23mar09)Bandingkan kos minimum anda jika menghantar sekeping flyer dengan sendiri:-
  1. KOS CETAK: RM0.10 x 5,500 = RM550 +
  2. KOS POS: RM0.40 x 1,500 = RM600 +
  3. KOS PENGHANTARAN: RM0.05 x 4,000 = RM200 

JUMLAH:
Sekurang-kurangnya RM1,350 (tidak termasuk kos reka grafik/iklan, petrol, masa/pekerja, penghosan dan rekaan Web dan sebagainya). Promosi Online sahaja melibatkan kos ratusan hingga ribuan RM dengan sendirinya!

HARGA DI INFOBIZ: Bermula atau kurang daripada RM400 untuk MUKA PENUH A5, atau serendah RM55 (1-sen sahaja senaskah!) atau kurang untuk iklan bersaiz 2.5x7.5cm.

JIMAT 70-95%!!

Kos Mampu tapi Lebih Berkesan:

T.E.A.M. 
T
ogether, Everyone Achieves More!


Bayangkan anda berbelanja tinggi untuk memasarkan produk anda dengan reka grafik bercetak yang cantik dan website yang mahal tapi hampir semua iklan-iklan anda dibuangkan ke dalam tong sampah dengan serta merta, emel-emel anda tidak dibaca (dipadam terus dan dilaporkan sebagai “SPAM”!) dan laman Web anda ‘sunyi’ berpanjangan justeru
tidak menambahkan sebarang jualan pun!

Kelab Usahawan Sosial dengan kerjasama strategik Pusat Internet Desa, sebuah entiti yang dipercayai dan disandarkan oleh puluhan ribu pengguna di seluruh negara boleh merubah semua ini, dan meningkatkan hasil promosi anda dengan serta-merta!

Dengan pakej cetakan berbentuk buku yang padu, penerima akan lebih ‘terpujuk’ untuk menyimpan setiap terbitan lebih lama, sehingga sebulan atau lebih, berbanding ‘flyer’ yang berlambak-lambak disogokkan ke peti surat masing-masing yang lazimnya disimpan hanya selama beberapa hari atau terus dibuang!

Dengan menyertai InfoBiz, anda akan dapat:-

  1. Penjimatan maksimum
  2. Rangkaian padu menyeluruh secara tertumpu dan meluas
  3. Hasil terbaik untuk iklan/promosi anda
  4. BONUS: Peluang berbakti kepada masyarakat setempat/luar bandar!

Setiap pesanan iklan anda juga akan memberikan sumbangan dana sehingga sebanyak 30% daripada kutipan jualan kasar kepada Pusat Internet Desa, Kelab Usahawan Sosial, dan peserta-peserta Skuad iBeeZ (rakan usahaniaga InfoBiz yang terdiri daripada kalangan usahawan-usahawan muda KUS) yang mana kesemua ini akan membantu perkembangan sosio-ekonomi kawasan-kawasan luar-bandar di Daerah Barat Daya Pulau Pinang, khususnya dalam merapatkan jurang digital dan jurang pendapatan minimum pekerja/usahawan muda, selain membantu negara menangkis tekanan Krisis Ekonomi Global.

 

PROMOSI ISU SULUNG – JUN 2009 
(PAKEJ BERIMBUHAN)



BONUS 1

Dapatkan diskaun 5% untuk semua pesanan iklan anda dengan serta-merta untuk semua ahli Kelab Usahawan Sosial melalui PID Balik Pulau atau mana-mana PID di seluruh negara. Sekiranya anda belum mendaftar sebagai ahli KUS, daftar online hari ini di http://usahawan.balikpulau.org – Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20 sahaja, anda layak menduduki kursus membina laman Blog dan kursus pemasaran Media Sosial Web 2.0 & 3.0 (bernilai lebih RM100, PERCUMA!), keahlian PID percuma bernilai RM10 serta pelbagai manfaat lain. Misalnya, untuk satu iklan muka penuh A5, anda sudah mendapat diskaun bernilai sekurang-kurangnya RM20 menjadikan keahlian KUS anda PERCUMA!! TIADA HAD untuk bilangan iklan.

                                

BONUS 2

Pesan dan lengkapkan bayaran untuk sekurang-kurangnya dua (2) iklan (misalnya satu untuk satu perniagaan anda dan satu lagi perniagaan anda yang lain atau untuk rakan niaga anda), dan anda layak menjadi ahli Skuad iBeeZ dan mendapat komisyen sebanyak 10%, selepas diskaun BONUS 1 (jika layak) SERTA MERTA! Misalnya untuk pesanan dua iklan muka penuh A5 – anda hanya perlu membayar RM400x2 x 95% (selepas diskaun 5%) x 90% (selepas diskaun tambahan 10%) = RM684 sahaja = RM342 setiap iklan halaman penuh! (JIMAT RM116). TERHAD KEPADA 20 PELANGGAN PERTAMA!

            


BONUS 3

Langgan dan sempurnakan bayaran untuk pakej pengiklanan InfoBiz selama sekurang-kurangnya tiga (3) bulan berturut-turut, dan dapatkan diskaun ekstra lagi sebanyak 10% untuk 3-bulan, 15% untuk 6-bulan sehingga 30% untuk 12-bulan. Misalnya hanya bayar RM380x12 bulan x RM70% (selepas diskaun) = RM3,192 sahaja untuk pengiklanan sepanjang tahun = RM266 sebulan setiap iklan muka penuh = KURANG DARIPADA 5-sen setiap naskah!

Untuk menikmati bonus-bonus promosi ini, sila lengkapkan pesanan selewat-lewatnya 12 JUN 2009 untuk terbitan InfoBiz bulan JULAI 2009.

Untuk membuat pesanan, sila lengkapkan borang di bawah:

Pembayaran diterima secara tunai, wang pos, deraf bank atau pindahan bank kepada Pusat Komputer Balik Pulau. Untuk pembayaran melalui cek, sila buat pesanan selewat-lewatnya pada 10 JUN 2009. Untuk tujuan keselamatan, pembayaran melalui kad kredit (tanpa sebarang caj tambahan) hanya diterima melalui online.

THINK GLOBAL, ACT LOCAL!
(strategi lautan biru)


Sama-sama kita menjayakan visi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Razak:
1MalaysiaRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


Untuk bantuan membuat pesanan atau apa-apa pertanyaan, silalah menghubungi kami di
skuadiBeeZ@balikpulau.org
atau di talian telefon: 04-866-2706.


Salam Ikhlas,

Nasir Sobri &  Siti Huraizah Abdul Rahman
(Juga ahli-ahli Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau – http://kusbp.pp.my)

p/s: Boleh juga menghubungi kami secara terus di talian:
019-579-6575 (Ija) atau 016-416-2747 (Nasir)

Anda boleh juga memuatturun borang offline untuk dihantar melalui faksimili